Anda di sini

Projek T2@apas peroleh sijil menduduki bangunan

Advertisement
 Matthew (empat kiri) semasa meraikan kejayaan mendapatkan sijil menduduki bangunan, baru-baru ini.
BERJAYA: Matthew (empat kiri) semasa meraikan kejayaan mendapatkan sijil menduduki bangunan, baru-baru ini.

TAWAU: Projek T2@apas yang menjadi pusat komersil ikonik di daerah ini berjaya disiapkan dengan jayanya dan memperoleh sijil menduduki (OC) baru-baru ini.

Projek yang mengambil masa empat tahun ini dikendalikan oleh syarikat TBMC Development Sdn Bhd yang terkenal sebagai pemaju berpengalaman.

Pengarah Urusan TBMC Development Sdn Bhd, Datuk Matthew Tan berkata projek ini berjaya disiapkan dengan sempurna dan mengikut spesifikasi yang telah dirancang.

“Walaupun berdepan dengan pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan pasaran, syarikat kami dapat menyempurnakan komitmen untuk menyiapkan pembangunan ikonik ini.

“Reka bentuk T2@apas ini menjadi penanda aras pembangunan hartanah di Tawau dan kami yakin ia menjadi Pusat Komersil Daerah yang baharu di daerah ini,” katanya.

Katanya, sehingga kini sebanyak 135 unit iaitu 76 peratus bangunan T2@apas sudah berjaya disewakan kepada peniaga dan penduduk di daerah Tawau.

“Perkara tersebut sesuatu yang baik serta tidak pernah berlaku sebelum ini dan saya berterima kasih atas sokongan masyarakat Tawau yang memilih T2@apas sebagai premis perniagaan mereka.

“Dengan kejayaan projek ini akan mendorong TBMC untuk melakukan lebih banyak projek pembangunan terutamanya di negeri Sabah,” katanya.

Matthew menjemput orang ramai untuk datang ke galeri jualan mereka pada hujung minggu ini untuk melihat lot premis yang ada di T2@apas.

  • oleh
  • Advertisement