Anda di sini

Mayat wanita ditemukan terapung

Advertisement
 Mayat wanita yang ditemukan terapung di tepi tembok oleh orang awam.
DITEMUKAN: Mayat wanita yang ditemukan terapung di tepi tembok oleh orang awam.

SANDAKAN: Mayat seorang wanita ditemukan terapung dipercayai lemas berhampiran tepi tembok di jalan Coastal kira-kira jam 10 pagi tadi.

Mayat dalam lingkungan umur 40 tahun itu ditemukan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata selepas menerima laporan itu, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba, pasukan polis yang menjalankan siasatan awal tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri milik mangsa.  

“Setakat ini, siasatan di lokasi kejadian juga tidak mendapati sebarang unsur jenayah/khianat ataupun kecederaan fizikal pada tubuh mangsa.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent (DDOK) Sandakan untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan untuk mengenalpasti punca sebenar kematian dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Abdul Fuad meminta orang awam yang boleh membantu siasatan atau kehilangan keluarga dalam tempoh terdekat ini, segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan ditalian 089-212222.

  • oleh
  • Advertisement