Anda di sini

Masyarakat setempat dipelawa hadir ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri UMNO Bahagian Sipitang

Advertisement
Dr Kamarlin Ombi
Dr Kamarlin Ombi



BEAUFORT: UMNO Bahagian Sipitang mempelawa orang ramai ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri yang diadakan pada esok (Ahad) di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sinar Kasih di Kampung Lupak, dekat sini.


Ketua Bahagiannya, Datuk Dr Kamarlin Ombi (gambar) berkata Majlis Ramah Mesra itu diadakan bermula 10.30 pagi sehingga 2.30 petang.


"Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, saya mewakili UMNO Bahagian Sipitang ingin mempelawa orang ramai terutama masyarakat setempat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri yang diadakan di Pusat PDK Sinar Kasih Kg Lupak.


"Majlis ini bermula pada jam 10.30 pagi sehingga 2.30 petang dan dijangkakan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin akan hadir di majlis ini.


"Semoga majlis ini dapat mengeratkan silaturahim diantara pemimpin dan masyarakat memandangkan hampir dua tahun tidak dapat melaksanakan rumah terbuka akibat pandemik COVID-19, " katanya.


Beliau berharap orang ramai yang hadir akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan, demi kesejahteraan bersama walaupun negara telah memasuki ke fasa endemik.

  • oleh
  • Advertisement