Anda di sini

Lapan premis judi dipotong bekalan elektrik

Advertisement
Polis dari BSJD Padawan dengan kerjasama kakitangan Sarawak Energy memotong bekalan elektrik di premis yang terlibat dengan aktiviti judi, di sini semalam.
Polis dari BSJD Padawan dengan kerjasama kakitangan Sarawak Energy memotong bekalan elektrik di premis yang terlibat dengan aktiviti judi, di sini semalam.

KUCHING: Lapan premis di sekitar Padawan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik susulan menjalankan aktiviti perjudian, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad memberitahu, operasi berkenaan dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) bersama kakitangan Sarawak Energy Berhad. 

"Tindakan tegas itu dilakukan dengan kerjasama dua kakitangan dari syarikat Sesco Bhd bermula 10 pagi hingga 2 petang.

"Pemotongan bekalan elektrik tersebut melibatkan kawasan Batu Kawa, Batu 10, Kota Sentosa dan Siburan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Zainal, tindakan pemotongan bekalan elektrik ke atas premis berkenaan adalah di bawah Seksyen 21 (A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
 

  • oleh
  • Advertisement