Anda di sini

Kes baharu berkurang kepada 41, kluster terakhir tamat

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 41 kes baharu dengan pengurangan sebanyak 22 kes selepas merekodkan peningkatan beberapa hari sebelum ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata perkembangan positif itu diikuti dengan pengisytiharan penamatan kluster terakhir di Sabah iaitu kluster institusi pendidikan Jalan Segama, Lahad Datu yang mula dikesan pada 21 April lalu.

“Untuk keseluruhan kes semalam ibu negeri merekodkan penurunan enam kes bagaimanapun kekal mencatat jangkitan dua angka dengan 18 kes. 

“11 lagi daerah merekodkan kes satu angka dengan enam daerah masing-masing mencatatkan satu jangkitan sahaja manakala tiada jangkitan baharu di 15 daerah dalam tempoh 24 jam yang lalu,” katanya.

Tambahnya 40 daripada 41 kes yang direkodkan semalam adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 manakala satu lagi kes adalah dalam Kategori 5.

  • oleh
  • Advertisement