Anda di sini

Keningau FA anjur Kejohanan Keningau Premier League 2022

Advertisement
RAFIE ROBERT
RAFIE ROBERT



KENINGAU: Persatuan Bola Sepak Daerah Keningau (Keningau FA) menganjurkan Kejohanan Keningau Premier League 2022 YB Datuk Robert Tawik Cup kepada pasukan bola sepak yang ingin menyertainya.


Presiden Keningau FA yang juga Pengerusi Penganjur kejohanan, Rafie Robert (gambar) berkata, kejohanan ini diadakan bagi memberi peluang kepada pasukan dan pemain bagi merasai pengalaman untuk menyertai kejohanan bola sepak sama seperti yang dianjurkan di peringkat yang tinggi.


Katanya, ianya seterusnya dapat menguji ketahanan fizikal dan mental setiap pemain serta dapat memberi peluang kepada setiap pasukan untuk merancang strategi pada kejohanan ini dan akan datang.


"Bagi hadiah kepada pemenang dalam kejohanan ini ialah, bagi pasukan Juara, Naib Juara, Ketiga dan Keempat masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000; RM5,000; RM3,000; RM2,000 berserta piala iringan, medal dan sijil.


"Manakala, pemain terbaik, penjaga gol terbaik dan pasukan terbaik masing-masing akan menerima piala dan sijil," beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita di sini.
Katanya, perlawanan akan dimulakan pada 25 Jun ini dan dijangka akan berakhir pada 6 Ogos depan yang akan diadakan di Keningau.


Oleh itu katanya, pendaftaran penyertaan kini telah pun dibuka kepada pasukan yang ingin menyertainya dan tarikh tutup permohonan penyertaan adalah pada 12 Jun depan pada jam dua petang.


Katanya, perasmian dan penutupan akan disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor, Datuk Robert Tawik.


Jelasnya, segala maklumat kejohanan ini akan dipamerkan di laman sosial facebook Keningau Premier League dan sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Yuszaimi Abdullah di nombor telefon 010-5591191 dan Arniwati Jubileh di 016-8244791.

  • oleh
  • Advertisement