Anda di sini

Kanak-kanak lelaki disyaki dibaham buaya

Advertisement
 

KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki dipercayai disambar buaya ketika duduk bersama dua kakaknya di tebing sungai di Kampung Nyabut, Telaga Air hari ini. 

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian sekitar jam 8.30 pagi.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Adammi Moktar, 7, dikatakan bersama dua kakaknya Nur Juliana Moktar, 12, dan Nur Eliana Moktar, 11 berada di kawasan jeti di tebing sungai berkenaan. 

“Menurut saksi, kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pagi dan mangsa dimaklumkan tidak timbul dan terus hilang pada permukaan air," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mula dilaksanakan dan PGO Sarawak mengarahkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi bagi mendapatkan maklumat lanjut.

"PGO turut berusaha menghubungi agensi Sarawak Forestry Corporation (SFC) bagi mendapatkan SWAT SFC," ujarnya lagi.
 

  • oleh
  • Advertisement