Anda di sini

Tujuh termasuk rumah panjang musnah terbakar

Advertisement
 Keadaan di kawasan tujuh  perumahan yang musnah akibat kebakaran di Kampung Salong Nabawan Sook di sini.
MUSNAH: Keadaan di kawasan tujuh perumahan yang musnah akibat kebakaran di Kampung Salong Nabawan Sook di sini.

KENINGAU: Tujuh kediaman termasuk sebuah rumah panjang musnah dalam kebakaran di Kampung Salong Nabawan Sook di sini kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook Razlan Aridy berkata kejadian jam 6 petang itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Pasukan bomba mendapat panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.50 petang sebelum sepasukan anggota serta pegawai dari BBP Sook digerakkan ke lokasi.

“Pasukan bomba terpaksa melalui perjalanan sejauh 90 kilometer selain perlu menaiki bot untuk sampai ke lokasi.

“Kejadian membabitkan tujuh buah rumah jenis kekal iaitu dua daripadanya berukuran 20X20 kaki persegi, empat yang lain seluas 20X30 kaki persegi manakala sebuah rumah panjang seluas 87X47 kaki persegi musnah terbakar,” katanya sambil menambah punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Menurutnya sebaik membuat pengesahan kebakaran dan memastikan tiada unsur bahaya lain di lokasi, pihaknya menamatkan operasi pada jam 10.04 malam.

  • oleh
  • Advertisement