Anda di sini

Suami isteri mati dikelar

Advertisement

SERIAN: Sepasang suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk dipercayai dibunuh di sebuah rumah pekerja di Ladang Sawit di Melikin pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata kedua-dua mangsa berusia 44 dan 47 tahun merupakan warga Indonesia.

Menurutnya, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8 malam selepas disedari oleh pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan ladang tersebut.

"Siasatan awal polis mendapati kecederaan mangsa wanita adalah di bahagian tengkuk, manakala mangsa lelaki cedera di bahagian leher," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Lokasi kejadian membabitkan sepasang suami isteri dijumpai mati dikelar di leher pada Khamis
Lokasi kejadian membabitkan sepasang suami isteri dijumpai mati dikelar di leher pada Khamis

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Serian untuk dibedah siasat.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 302 dan 309 Kanun Keseksaan.

"Siasatan lanjut kes masih dijalankan  bagi mengenalpasti motif kejadian," katanya.

  • oleh
  • Advertisement