Anda di sini

PPM Labuan gagalkan cubaan seludup minumam keras

Advertisement
 Sejumlah minuman keras tanpa cukai bernilai RM144,709.50 yang dirampas semasa cubaan seludup keluar dari Labuan.
RAMPAS: Sejumlah minuman keras tanpa cukai bernilai RM144,709.50 yang dirampas semasa cubaan seludup keluar dari Labuan.

LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar sejumlah minuman keras dari pulau bebas cukai itu di kawasan laut Menumbuk di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah Persekutuan Labuan Asisten Superintendan Saidul Maruf Rosli berkata operasi pada jam 4.10 pagi itu membabitkan rampasan minuman keras yang dianggarkan bernilai RM144,709.50 termasuk cukai.

“Siasatan awal berlaku apabila pasukan peronda mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan dipercayai membawa minuman keras dari Labuan di kawasan laut Menumbuk.

“Pasukan peronda PPM kemudiannya menahan bot berkenaan di tepi bakau Menumbuk bagaimanapun sebaik dihampiri, dua suspek yang berada di atas bot bertindak terjun melarikan diri ke kawasan paya bakau dan gagal dikesan.

"Hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit membawa sejumlah muatan minuman keras yang dipercayai belum bercukai dan ingin diseludup dari Labuan ke tanah besar Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata rampasan keseluruhan minuman keras dan sebuah bot fiber beserta enjin bot itu berjumlah RM144,709.50 termasuk cukai.

"Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan diserahkan kepada Jabatan Kastam Wilayah Persekutuan Labuan.

"PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi WhatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 013-9391197," katanya.

  • oleh
  • Advertisement