Anda di sini

Penduduk tempatan akhirnya dapat status warga negara

Advertisement
 Ronnie (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Steven (kiri) dan anaknya Daniel ketika berkunjung ke pejabat Menteri Dalam Negeri Putrajaya Kuala Lumpur baru-baru ini.
KENANGAN: Ronnie (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Steven (kiri) dan anaknya Daniel ketika berkunjung ke pejabat Menteri Dalam Negeri Putrajaya Kuala Lumpur baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Penantian seorang remaja untuk mendapatkan status warga negara akhirnya tercapai dengan keprihatinan ditunjukkan pemimpin tempatan.

Naib Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Sabah Datuk Ronnie Loh Ee Eng berkata, dalam tempoh setahun lalu, Richard Munang dari Kampung Gunsing Penampang telah berhubung dengannya berkaitan perkara berkenaan.

"Dia menghubungi saya untuk meminta pertolongan berkaitan adiknya Steven Munang yang mana anaknya Daniel Jacob Munang gagal mendapatkan status kerakyatan negara ini.

"Steven menjelaskan bahawa dia gagal mendaftarkan perkahwinan tepat pada masa ketika isterinya melahirkan Daniel.

"Keadaan itu menyebabkan Daniel tidak berjaya mendapatkan warga negara Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, Daniel telah mengalami pelbagai cabaran sebanyak sembilan tahun sebelum ini yang mana dia akan menyambut ulang tahun ke 21 pada 2023.

Ronnie berkata, Daniel berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dan ingin memohon lesen memandu tetapi gagal kerana tidak mempunyai kad pengenalan.

"Kini mereka tinggai dan kerja di Ipoh Perak dan saya kasihan dengan kesengsaraan yang dihadapi keluarga ini.

"Dengan ini saya terus berhubung dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk meminta sokongan dan seperti dijangka beliau terus bersetuju membantu," katanya.

Setelah mendapatkan sokongan, beliau bersama Steven dan Daniel berkunjung ke Putrajaya Kuala Lumpur pada 12 Mei 2022 bagi bertemu dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

"Pada 19 Mei 2022, Daniel secara rasminya menerima surat kelulusan menjadi warga negara Malaysia berdasarkan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

"Steven, Daniel bersama saya berterima kasih kepada Hajiji dan Hamzah serta pegawai berkaitan yang sudi membantu serta menyokong dalam perkara ini," katanya.

Ronnie berkata, ia merupakan hadiah terbaik kepada keluarga Steven sempena perayaan Pesta Kaamatan tahun ini.

  • oleh
  • Advertisement