Anda di sini

Harga promosi ‘South Ville Apartments’ sempena Rumah Terbuka Hap Seng pada 22 Mei

Advertisement
Kawasan Perumahan South Ville Apartments BSI
Kawasan Perumahan South Ville Apartments BSI

TAWAU: Sebanyak 20 unit rumah di South Ville Apartments Bandar Sri Indah (BSI) akan diberikan tawaran promosi istimewa khas sempena Majlis Rumah Terbuka Hap Seng dan sijil menduduki bangunan (OC) pada Ahad ini.

Majlis tersebut diadakan bermula jam 11 pagi hingga 4 petang di kawasan perumahan South Ville Apartments Fasa 3, Batu 10 Jalan Apas, di sini.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan majlis tersebut dan Hap Seng akan menyediakan pelbagai hadiah yang lumayan sempena sambutan rumah terbuka ini.

Hap Seng akan mengadakan tiga cabutan bertuah bernilai RM888 setiap satu untuk pembeli rumah mereka dari tarikh 1 Januari hingga 31 Mei 2021.

Selain itu, cabutan bertuah untuk pembeli rumah South Ville Apartments dan cabutan bertuah berupa hadiah barangan elektronik kepada semua tetamu yang hadir turut dilakukan.

Dalam majlis itu juga, Hap Seng akan menyediakan jamuan ringan, duit hari raya dan aiskrim untuk kanak-kanak.

Hap Seng akan membuka rumah contoh South Ville Apartments, rumah teres dua tingkat fasa 5H, 5I dan rumah berkembar satu tingkat serta rumah banglo fasa 2C untuk dilawati sempena majlis itu nanti.

Taman Tasik BSI
Taman Tasik BSI

BSI adalah sebuah bandar yang memiliki keluasan 1,364 ekar, yang mana bahagian utara seluas 660.46 ekar dan selatan 703.54 ekar.

Perumahan South Ville Apartment terletak di bahagian selatan BSI dan mempunyai sebanyak 1,024 unit merangkumi empat fasa serta memperolehi Sijil menduduki (OC) pada Oktober 2021.

Setiap fasa mempunyai 256 unit dan merupakan projek apartment yang memiliki empat tingkat untuk satu blok dan empat unit dalam satu tingkat.

Perumahan ini mempunyai tiga jenis iaitu Jenis A (850 Kaki Persegi), Jenis B (898 Kaki Persegi) dan Jenis C (850 Kaki Persegi). Setiap unit mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik mandi dan tempat letak kereta berbumbung.

South Ville Apartments juga memiliki kawasan rekreasi seperti padang bola sepak, gelanggang Sepak Takraw, Futsal, Bola Keranjang, Taman permainan kanak-kanak dan lain-lain.

Selain itu, terdapat kemudahan lain yang disediakan seperti taman tasik sebesar 12 acres, taman Orkid, stesen minyak, restoran makanan segera dan terminal bas jarak jauh.

Hap Seng memberikan hadiah dan peluang bagi bakal pembeli perumahan di BSI untuk memenangi sebuah kereta Perodua Ativa bernilai RM65,000 tertakluk pada terma dan syarat.

Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Hap Seng di talian 089-773311-5, 012-883 0433, 012-811 0309.

  • oleh
  • Advertisement