Anda di sini

22 pasangan pilih tarikh 520 meterai ikatan cinta

Advertisement
Ngu (enam kiri, depan), Chiu (enam kanan, depan) merakam kenangan bersama 22 pasangan yang mendaftar perkahwinan beramai-ramai di Persatuan Kutien Sarawak hari ini.
Ngu (enam kiri, depan), Chiu (enam kanan, depan) merakam kenangan bersama 22 pasangan yang mendaftar perkahwinan beramai-ramai di Persatuan Kutien Sarawak hari ini.

SIBU: Seramai 22 pasangan memilih 20 Mei sebagai tarikh untuk memeterai ikatan cinta menerusi pendaftaran perkahwinan di Persatuan Kutien Sarawak, Jalan Fong Ming di sini, hari ini.

Tarikh 20 Mei (520) adalah hari istimewa bagi masyarakat Cina kerana ini merupakan Hari Valentine Cina moden.

Nombor 5.2.0 dalam bahasa Cina berbunyi seperti 'I Love You'. Dalam bahasa Cina 5.2.0 sebut sebagai 'Wu Er Ling', bunyinya sangat dekat dengan perkataan 'Wo Ai Ni' (Aku Mencintai Mu).

Timbalan Pengerusi persatuan Ngu Ing Hong mengucapkan tahniah kepada semua pasangan atas pendaftaran perkahwinan hari ini.

Beliau mengingatkan pasangan bahawa perkahwinan adalah satu komitmen dan menasihati mereka untuk komited antara satu sama lain.

Pada majlis itu, semua pasangan telah diberi taklimat mengenai prosedur pendaftaran perkahwinan. 

Mereka kemudian bertukar ikrar pada majlis perkahwinan beramai-ramai sebelum diteruskan untuk menandatangani sijil perkahwinan mereka.

Pendaftar perkahwinan Chiu Ing Siong mengendalikan sesi tersebut.
 

  • oleh
  • Advertisement