Anda di sini

'Ngabang,' rumah terbuka Hari Gawai dibenarkan, digalak terus patuh SOP

Advertisement
Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUCHING: Aktiviti ziarah atau 'ngabang' dan rumah terbuka sempena sambutan Hari Gawai adalah dibenarkan dengan orang ramai digalakkan memakai pelitup muka ketika tidak menjamu selera.

Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) menerusi kenyataan berhubung protokol sambutan Hari Gawai 2022 hari ini menjelaskan, bagaimanapun kes positif COVID-19 tidak dibenarkan hadir atau menyertai program ziarah atau menghadiri rumah terbuka.

Selain itu katanya, individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai bagi kedua-dua aktiviti berkenaan.

UNIFOR berkata, aktiviti pra-Gawai juga dibenarkan, juga digalakkan memakai pelitup muka semasa tidak menjamu selera dan mereka yang positif COVID-19 dilarang menyertai aktiviti.

Sementara itu, sembahyang di rumah-rumah ibadat dibenarkan dengan kapasiti 100 peratus dengan syarat memakai pelitup muka dan individu positif COVID-19 dilarang turut serta, manakala mereka yang bergejala juga tidak digalak hadir.

UNIFOR berkata, bagi mengawal penularan dan jangkitan, kes positif tidak dibenarkan hadir ke rumah ibadat atau rumah terbuka.

UNIFOR berharap orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengelakkan 3S dan mengamalkan 3W.

Sementara itu, jamuan selepas sembahyang di rumah ibadat turut dibenarkan dengan individu yang bergejala tidak digalak menyertainya.

  • oleh
  • Advertisement