Anda di sini

Naik taraf Stadium Sukan Mini di Saratok dalam pertimbangan

Advertisement
Rentap ketika menjawab soalan ADUN Krian pada Persidangan DUN hari ini.
Rentap ketika menjawab soalan ADUN Krian pada Persidangan DUN hari ini.

KUCHING: Perancangan untuk menaik taraf Stadium Sukan Mini di Saratok masih lagi dalam pertimbangan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu berkata, ini kerana perancangan itu tertakhluk kepada peruntukan yang diterima dan keperluan semasa.

Menurutnya, bagaimanapun buat masa ini kerajaan belum mempunyai perancangan untuk menik taraf stadium berkenaan kepada kompleks sukan yang lengkap dengan sebuah dewan sukan tertutup dan kolam renang dalam masa terdekat.

“Namun, kita akan mempertimbangkan perancangan berkenaan dari semasa ke semasa dan dan tertakluk kepada peruntukan dan keperluan semasa.

“Buat masa ini fasiliti yang terdapat di Saratok adalah Stadium Terbuka Saratok, manakala fasiliti yang terdapat di Bahagian Betong adalah Stadium Terbuka Betong, Dewan Rentap Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Padang RGC Beladin, Padang RGC Nanga Spak, Layar dan Padang Bola Sepak Kabong,” katanya semasa menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Friday Belik pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19, hari ini.

Sementara itu, berhubung permohonan pembinaan dewan sukan tertutup dan kolam renang dapat dikemukakan, Rentap berkata, pihaknya menerima permohonan yang dikemukakan untuk dipertimbangkan dan akan dirujuk kepada Unit Perancangan Ekonomi semasa Kajian Separuh Penggal untuk Rancangan Malaysia Ke-12.

Katanya, memandangkan Pekan Saratok merupakan pusat pentadbiran daerah, beliau berharap agar ADUN Kalaka dan ADUN Krian membuat perancangan secara holistik untuk pembangunan yang teratur khasnya untuk rakyat setempat.

  • oleh
  • Advertisement