Anda di sini

Lori treler tanpa muatan terbakar, pemandu selamat

Advertisement
Bahagian hadapan lori treler yang terbakar.
Bahagian hadapan lori treler yang terbakar.

BINTULU: Sebuah lori treler tanpa muatan terbakar di Jalan Pesisir Samalaju dalam insiden pada jam 10 malam Rabu namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku kerana pemandunya berjaya menyelamatkan diri.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.21 malam dan jentera dari Balai Bomba 
dan Penyelamat (BBP) Kidurong serta bantuan BBP Bintulu telah digerakkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, Komander Operasi PBK II KUP Pek Layang melaporkan kebakaran melibatkan bahagian depan lori treler yang musnah 
seratus peratus," katanya hari ini.

Katanya, kebakaran tersebut berpunca daripada kemalangan kendiri namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

"Operasi pemadaman menggunakan salur bantu mula dari jentera sehingga pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran tersebut sepenuhnya," katanya sambil
menambah operasi ditamatkan pada jam 11 malam.

Operasi tersebut melibatkan jentera Fire Rescue Tender (FRT) Scania BBP Kidurong bersama lima anggota yang diketuai Pek Layang dan jentera FRT Scania
BBP Bintulu bersama lapan anggota yang diketuai PBK II Stephen Plen.
 

  • oleh
  • Advertisement