Anda di sini

Kes COVID-19 Sabah terus meningkat, 56 kes baharu dicatat

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah terus mencatatkan peningkatan kes baharu COVID-19 dengan merekodkan 56 kes semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata peningkatan sebanyak 14 kes itu menunjukkan lebih banyak daerah mencatatkan pertambahan kes baharu. 

“11 daerah merekodkan peningkatan kes berbanding hanya tujuh daerah yang merekodkan penurunan kes. 

“Tiada kes baharu dilaporkan di 13 daerah berbanding 17 daerah pada hari sebelumnya manakala sembilan daerah lain kekal sebagaimana catatan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata bilangan jangkitan baharu di ibu negeri terus meningkat daripada 20 kes kepada 25 kes dengan pertambahan lima kes.

“Sembilan daerah yang bersih daripada sebarang jangkitan pada hari sebelumnya turut mencatatkan kes baharu termasuklah Putatan dan Beaufort masing-masing bertambah lima kes diikuti Sandakan empat kes dan Sipitang dua kes.

“54 dari 56 kes yang direkodkan hari ini berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2 manakala satu kes bagi dalam Kategori 3 dan 5 dan tiada kes dilaporkan dalam Kategori 4,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement