Anda di sini

Kehadiran PM meriahkan Jamuan Aidilfitri BN Sabah

Advertisement
 Ismail (dua kanan), Hajiji (kanan), Bung (dua kiri), dan Ahmad (kanan) menjadi tetamu kehormat majlis Jamuan Aidilfitri BN Sabah.
HARI RAYA: Ismail (dua kanan), Hajiji (kanan), Bung (dua kiri), dan Ahmad (kanan) menjadi tetamu kehormat majlis Jamuan Aidilfitri BN Sabah.

KOTA KINABALU: Sekitar 2,000 jemputan memeriahkan suasana majlis Jamuan Aidilfitri Barisan Nasional (BN) Sabah yang dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai tetamu kehormat di sini hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor bersama Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sabah merangkap Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin turut hadir pada majlis itu.

Pemimpin BN Sabah yang turut hadir termasuklah Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup dan Pengerusi MIC Sabah Peer Mohamad Kadir serta beberapa tetamu jemputan yang lain.

Mantan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman bersama Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan turut menjadi antara tetamu kehormat yang hadir.

Kemeriahan majlis diserikan lagi dengan persembahan menghiburkan daripada beberapa artis terkenal Sabah antaranya Juara Big Stage Musim Keempat Elica Paujin, Masmona Buskers, Qhalisya, dan Nur Fazz.

Majlis julung kalinya selepas pandemik COVID-19 ini dianjurkan secara meriah dengan menghimpunkan lebih ramai jemputan termasuk pemimpin-pemimpin politik, ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan, serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pada majlis itu, Ismail turut berkesempatan beramah mesra dengan tetamu yang hadir sambil mengambil peluang merakamkan foto bersama-sama.

 

  • oleh
  • Advertisement