Anda di sini

Buda, Malvern hargai sokongan sehingga berjaya raih pingat Sukan SEA Vietnam

Advertisement
Buda (kanan) dan Malvern menunjukkan pingat yang berjaya dirangkul semasa temasya Sukan SEA Ke-31 Hanoi, Vietnam ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini. – Gambar Roystein Emmor
Buda (kanan) dan Malvern menunjukkan pingat yang berjaya dirangkul semasa temasya Sukan SEA Ke-31 Hanoi, Vietnam ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini. – Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: "Pada mulanya saya begitu optimis untuk mendapat pingat emas namun saingan saya lebih baik daripada saya," luah Buda Anchah apabila ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini.

Bagaimanapun katanya, beliau tetap berpuas hati dan gembira mendapat pingat perak dalam acara kategori 70 kilogram (kg) pada temasya Sukan SEA Ke-31 di Hanoi, Vietnam.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sarawak khasnya Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan di bawah Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Perbadanan Sukan Sarawak dalam membantu mempersiapkan diri saya ke temasya Sukan SEA Ke-31 di Hanoi, Vietnam," katanya.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Snowdan Lawan yang turut sama membantu.

"Justeru, saya mengucapkan ribuan terima kasih sebab sentiasa menyokong saya semasa membuat persediaan sehingga berjaya mencapai pingat,” katanya.

Sementara itu, Dr Malvern Abdullah turut menyatakan perasaan yang sama kerana berjaya meraih pingat pada temasya sukan berkenaan.

"Walaupun hanya gangsa dan pada asalnya, memang kita mahukan yang terbaik tetapi saingan kita lebih kuat.

"Bagaimanapun, saya gembira dapat pingat gangsa dalam kategori 65kg dan juga satu lagi pingat gangsa daripada ‘mix pair’.

"Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Bina Badan Sarawak (SBBA) Datuk Wee Hong Seng, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, menteri kita dan SSC yang banyak membantu dan menguruskan urusan pentadbiran bantuan dan sebagainya,” katanya.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang sering memberi restu kepadanya pergi bertanding dan berkecimpung dalam bidang yang diminati.

Advertisement