Anda di sini

16 Jun pengurusan kes pemandu e-hailing didakwa cabul wanita

Advertisement
 

MIRI: Mahkamah Majistret menetapkan 16 Jun depan untuk pengurusan kes seorang pemandu e-hailing yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan seorang penumpang wanita.

Sementara itu, tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan RM1,500 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Chai Tong Ngie, 53, dari Kuching, telah didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh menyerang seorang gadis berusia 19 tahun dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 7 petang, 7 Mei lalu di dalam sebuah kereta dengan nombor pendaftaran QMG95xx.

Terdahulu, pegawai pendakwa ASP Mary Ong memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangkan tertuduh telah mengaku tidak bersalah.

Pendakwaan dilakukan di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Advertisement