Anda di sini

Wanita warga emas maut diserang buaya

Advertisement
ZAIROLNIZAL
ZAIROLNIZAL

KOTA MARUDU: Seorang wanita warga emas maut selepas diserang buaya di Sungai Bengkoka berhampiran Kampung Sinasak Batu Pitas di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superitendan Zairolnizal Ishak berkata kejadian jam 10 pagi pada 16 Mei itu berlaku apabila mangsa berumur 66 tahun berada di lokasi kejadian bagi membaiki pam air bersama cucu perempuannya berumur sembilan tahun.

“Semasa ingin mengambil air di sungai terbabit bagi membetulkan pam air itu, cucu perempuan mangsa mendengar mangsa menjerit secara tiba-tiba dengan kocakan air sungai di kawasan mangsa berada.

“Pada masa sama cucu mangsa melihat seekor buaya menyerang mangsa, mujurlah mangsa berjaya melepaskan diri dengan bantuan penduduk kampung sebelum dihantar ke hospital  bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 petang hari sama semasa mendapatkan rawatan di Hospital Pitas.

“Pegawai perubatan bertugas memaklumkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala mangsa disebabkan kesan gigitan buaya.

“Kes diklasifikasikan sebagai Kes Mati Mengejut (SDR),” katanya.

  • oleh
  • Advertisement