Anda di sini

Pindaan Perlembagaan UMNO elak perpecahan dalam parti

Advertisement
 Suhaimi beramah mesra dengan Timbalan Pengerusi UMNO Sabah Datuk Yakub Khan, Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Ariffin, Datuk Seri Salleh Said, ADUN Sungai Sibuga Mohd Hamsan Haji Awang Supain dan para pemimpin UMNO.
RAMAH MESRA: Suhaimi beramah mesra dengan Timbalan Pengerusi UMNO Sabah Datuk Yakub Khan, Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Ariffin, Datuk Seri Salleh Said, ADUN Sungai Sibuga Mohd Hamsan Haji Awang Supain dan para pemimpin UMNO.

SANDAKAN: Pindaan Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO memberi ruang kepada kepimpinan pusat, bahagian dan cawangan supaya fokus gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

 Bendahari UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir berkata pindaan itu bagi memastikan parti ini terus terpelihara.

“Ia juga dapat memberi fokus kepada parti untuk menghadapi PRU-15 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

“Kita tidak mahu wujud puak-puak dalam pemilihan diperingkat pusat, bahagian dan cawangan yang akan mencacatkan gerak kerja PRU,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Libaran di Dewan PPR Muhibbah Batu 12, di sini semalam.

Suhaimi yang juga Ketua UMNO Libaran berkata menjadi satu kebimbangan sekiranya perkara itu berlaku jika pemilihan UMNO dilakukan sebelum PRU-15.

Katanya, kelulusan pindaan perlembagaan melanjutkan pemilihan parti pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas di Kuala Lumpur lepas turut disokong Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob  

“Pemilihan UMNO akan dilaksanakan selepas enam bulan PRU-15, pemimpin serta ahli-ahli UMNO tidak lagi bimbang sebaliknya memberi fokus gerak kerja PRU,” katanya.

Beliau berkata agenda kestabilan dan memperkasakan perpaduan dalam UMNO akan terus utuh tanpa wujudnya perpecahan.

“Apa maknanya agenda kestabilan dan perkasakan perpaduan yang ditawarkan kepada rakyat tetapi kita berpecah dengan wujudnya puak-puak, dimana akhirnya merugikan UMNO sendiri.

“Pindaan perlembagaan ini membawa erti besar kepada kita dalam mengembalikan maruah perjuangan dan mempersiagakan perjuangan parti untuk masa depan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement