Anda di sini

Mega JBM SRS Production lancar album Kadazan

Advertisement
 Jack bersama William dan barisan artis tempatan semasa pelancaran album berkenaan.
PELANCARAN: Jack bersama William dan barisan artis tempatan semasa pelancaran album berkenaan.

KOTA KINABALU: Sempena sambutan Pesta Kaamatan tahun ini, Mega JBM SRS Production melancarkan album bahasa Kadazan di studionya, di sini Sabtu lepas.

Penerbitnya, Jack Beech berkata album berkenaan mengandungi lagu-lagu berunsurkan Kaamatan yang didendangkan oleh beberapa artis tempatan.

Katanya, antara artis tempatan termasuklah James Sham, Kaflik Panuliang, Chris Enjum Dulakim, Joseph Malating, Benjamin Malating. Bj Alex Mabaris dan beliau sendiri.

“Pelancaran itu turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dan telah disempurnakan oleh pemimpin masyarakat, Datuk William Sampil.

“Saya berharap album berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat di negeri ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement