Anda di sini

27 kes baharu, kes COVID-19 di Sabah turun

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Jumlah jangkitan baharu kes COVID-19 yang direkodkan di Sabah hari ini menurun hampir 44 peratus iaitu sebanyak 27 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, secara keseluruhan terdapat tanda-tanda pemulihan semula selepas kemuncak sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, sama ada trend berkenaan akan bertahan ia banyak bergantung kepada sikap masyarakat semasa menyambut perayaan Kaamatan sehingga kemuncak pada akhir bulan Mei ini.

"Sebanyak lapan daerah merekodkan penurunan kes harian termasuk Kota Kinabalu, Sandakan, Penampang, dan Tuaran manakala, enam daerah merekodkan peningkatan marginal satu kes bagi setiap daerah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 17 daripada 27 daerah di Sabah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Menurutnya, Kota Kinabalu kekal daerah tunggal yang merekodkan kes dua angka dengan 16 kes. Sembilan lagi daerah merekodkan kes satu angka dengan tujuh daripadanya mencatatkan hanya satu kes.

Masidi berkata, semua 27 kes yang direkodkan hari ini berada dalam kategori satu dan dua sahaja.
 

  • oleh
  • Advertisement