Anda di sini

Suspek curi wang ibu diberkas polis  

Advertisement
Suspek ditangkap kerana disyaki mencuri wang simpanan ibunya.
Suspek ditangkap kerana disyaki mencuri wang simpanan ibunya.

MIRI: Seorang lelaki yang tergamak mencuri wang simpanan ibunya berjumlah RM1,200 berjaya diberkas oleh pihak polis di rumah keluarganya di Kampung Muhibbah, Kuala Baram di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan ke atas suspek dilakukan berikutan satu laporan polis yang dibuat ibunya di Balai Polis Lutong di sini, pagi semalam.

Dalam aduannya, ibu terbabit (pengadu) mendakwa sekitar jam 7 pagi hari sama, semasa sedang menjemur pakaian dia menyedari bilik tidurnya telah dimasuki anak lelakinya. 

Selepas itu pengadu masuk ke dalam bilik dan mendapati bilik tidurnya telah digeledah manakala wang simpanan berjumlah RM1,200 dalam bilik tersebut turut hilang.

Menurut pengadu, kejadian seumpama ini pertama kali berlaku dan dia mengesyaki wangnya itu telah dicuri anak lelakinya.

"Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 1 petang semalam polis berjaya menangkap seorang lelaki di rumah keluarganya di Kampung Muhibbah, Kuala Baram kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

"Berikutan tangkapan itu, suspek yang berusia 34 tahun kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut," ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu menurut Alexson, kes disiasat lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
 

  • oleh
  • Advertisement