Anda di sini

Wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan 

Advertisement
Kenderaan mangsa rosak teruk setelah terlibat kemalangan di Jalan Pusa.
Kenderaan mangsa rosak teruk setelah terlibat kemalangan di Jalan Pusa.

SARATOK: Seorang penumpang sebuah kereta maut setelah kenderaan ditumpanginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Pusa, dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Muhd Shukur Jamaludin berkata kemalangan itu dipercayai berlaku sekitar jam 1 petang.

"Mangsa maut dikenali sebagai Gelora Aman, 59, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pusa.

"Sementara itu, dua lagi penumpang kenderaan sama serta seorang pemandu dan penumpang kenderaan lain yang terlibat sama dalam kemalangan itu mengalami cedera parah.

"Ketika kejadian, kedua-dua kenderaan terbabit datang dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi media hari ini.

Semua mangsa cedera dibawa ke Klinik Kesihatan Pusa untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Sarikei.

Menurut Muhd Shukur, bomba hanya melakukan kerja-kerja 'flushing' di lokasi kemalangan bagi memastikan keadaan kembali selamat.

"Punca sebenar kemalangan masih belum dapat dipastikan," jelasnya.
 

  • oleh
  • Advertisement