Anda di sini

Salinan RUU bagi sidang DUN telah diterima semua ADUN

Advertisement
Julaihi (empat kiri) merakam kenangan bersama tetamu pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi di sebuah hotel di Kuching hari ini.
Julaihi (empat kiri) merakam kenangan bersama tetamu pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi di sebuah hotel di Kuching hari ini.

KUCHING: Salinan Rang Undang-Undang (RUU) bagi Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 yang berlangsung minggu depan telah diterima oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

ADUN Sebuyau Datuk Julaihi Narawi berkata, salinan berkenaan telah diterima olehnya bersama ADUN lain sejak awal lagi.

"Kami telah menerima salinan itu lebih awal lagi tetapi saya tidak menjelaskan semua butiran kerana saya sangat sibuk.

"Isu mengenai salinan berkenaan tidak dihantar kepada pihak pembangkang, itu saya tidak mengetahuinya namun kami menerima lebih awal lagi," katanya ketika diminta mengulas mengenai terdapat ADUN yang tidak menerima notis berkenaan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi di sebuah hotel di sini hari ini.

Jelas Julaihi yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, beliau tidak mengetahui pembangkang sudah menerima salinan itu atau tidak namun salinan itu telah diserahkan lebih awal. 

"Jika tidak bagaimana mereka mengemukakan soalan mereka? Semua ahli telah mengemukakan soalan mereka. 

"Ini bermakna notis telah sampai kepada semua orang," jelasnya.

Terdahulu, ADUN Padungan Chong Chieng Jen mendakwa setakat tengah hari semalam, beliau mahupun ADUN Pending Violet Yong belum menerima salinan RUU yang akan dibentangkan di DUN minggu depan.

Jelas Chong, RUU untuk persidangan DUN akan datang ini akan dibentangkan pada hari Rabu (18 Mei),” kata Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak itu.
 

  • oleh
  • Advertisement