Anda di sini

Rakyat kena berani reform negara

Advertisement
 Orang awam berebut merakamkan gambar kenangan bersama Presiden Parti WARISAN Malaysia Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Bahagian Sepanggar WARISAN.
KENANGAN: Orang awam berebut merakamkan gambar kenangan bersama Presiden Parti WARISAN Malaysia Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Bahagian Sepanggar WARISAN.

KOTA KINABALU: Rakyat negara ini perlu berani reform kepimpinan Malaysia seterusnya wujudkan pembaharuan dalam struktur politik negara.

Presiden WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, kini negara ini memerlukan satu landasan pembaharuan untuk semua bangsa bergerak seiring ke hadapan kerana Malaysia dimiliki pelbagai kaum termasuk dari Sabah dan Sarawak.

"Dengan parti berbilang bangsa, kita perlu kongsikan kekayaan negara, Sabah kaya dengan sumber minyak tetapi kemudahan asas seperti jalan raya, air, telekomunikasi dan sebagainya masih mundur.

"Jangan hanya wujudkan slogan untuk didendangkan tetapi rakyatnya menderita setiap hari.

"Rakyat kini berhadapan dengan harga barangan yang mahal, jangan sampai harga makanan seperti daging ayam dikawal oleh orang tengah sehingga menyebabkan harga melambung tinggi," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri WARISAN Parlimen Sepanggar di sini, semalam.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, hanya rakyat sahaja boleh menukar seseorang pemimpin.
 
Katanya, dalam keadaan menikmati keselesaan dari segi makanan serta kehidupan, semua perlu ingat bahawa ramai dalam kalangan rakyat khususnya Sabah menderita akibat harga barangan mahal, pengangguran, bencana banjir dan sebagainya.

"Banjir di Tenom, Beaufort, putus jalan akibat hujan...waktu WARISAN perintah dulu putus laluan di Jalan Ranau saya luluskan peruntukan RM30 juta untuk perbaiki jalan itu dan ianya siap dalam tempoh dua bulan.

"Barisan Nasional (BN) sudah memerintah selama 70 tahun tetapi sehingga kini masih jalan berlumpur, berlobang. 

"Buat slogan kata tetapi keadaan tetap sama saja, jambatan rosak bukan tidak boleh dibuat dalam masa terdekat, peruntukan bukannya sangat mahal," katanya.

Shafie yang juga Mantan Ketua Menteri berkata, jangan hanya hidangkan slogan kepada rakyat tetapi kebaikannya tidak dinikmati masyarakat secara keseluruhan.
 

  • oleh
  • Advertisement