Anda di sini

Polis mengeluarkan 51 saman kepada penunggang motosikal

Advertisement
Pengguna motosikal dibawa ke Balai Polis Batu Niah untuk pemeriksaan lanjut pada operasi tersebut.
Pengguna motosikal dibawa ke Balai Polis Batu Niah untuk pemeriksaan lanjut pada operasi tersebut.

MIRI: Polis mengeluarkan sebanyak 51 saman kepada penunggang motosikal menerusi Ops Bersepadu di pekan Batu Niah dekat sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata operasi dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Miri bersama anggota Balai Polis Batu Niah bermula jam 8.30 pagi.
 
“Sebanyak 46 motosikal diperiksa termasuk pemeriksaan 46 lelaki.

“Sebanyak 51 keping saman POL 257 telah dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini. 

Alexson berkata, pecahan kesalahan bagi saman dikeluarkan ialah 10 saman kerana tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (lima), nombor plat beraneka ragam (tiga), tiada nombor pendaftaran (sembilan), tiada cermin sisi (lapan), ubah suai ekzos (lapan) dan ubah suai struktur peralatan (lapan). 

“Penugasan operasi dijalankan sekitar Pekan Batu Niah dan pemeriksaan dibawa ke Balai Polis Batu Niah. 

Rampasan dibuat ke atas peralatan diubah suai seperti ekzos, ‘swingarm’ dan lain-lain. 

“Penugasan berjalan dengan baik dan lancar serta tiada perkara tidak diingini berlaku,” jelasnya.  
 

  • oleh
  • Advertisement