Anda di sini

Pemimpin dan ahli PBB harus ikhlas berkhidmat kepada rakyat  

Advertisement
Juanda (baris pertama, tujuh kiri) bersama Yusuf (baris pertama, tujuh kanan) dan yang lain pada majlis tersebut.
Juanda (baris pertama, tujuh kiri) bersama Yusuf (baris pertama, tujuh kanan) dan yang lain pada majlis tersebut.

MUKAH: Setiap pemimpin dan ahli Parti Bumiputera Bersatu (PBB) harus memberikan khidmat mereka sepenuh hati dan penuh tulus ikhlas.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi PBB merangkap Timbalan Menteri Integriti dan Ombudsman Datuk Dr Juanda Jaya berkata ia merupakan dasar perjuangan dan penubuhan PBB di negeri ini.

"Dalam parti atas kapasiti apapun kita, keutamaan adalah rakyat Sarawak," katanya ketika ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan PBB Meradong di Bintangor hari ini.

Keikhlasan berkhidmat untuk parti adalah keutamaan dan bukan bekerja hanya menghadapi pilihan raya semata-mata. 

Atas sebab itu, pemimpin parti turut harus dibantu oleh jenteranya tidak mengira masa. Sebagai contoh, ada antara berita palsu atau penipuan sengaja dibuat bagi memburukkan reputasi pemimpin atau kerajaan.

"Di sini peranan jentera parti asalah untuk bantu dedah penipuan berlaku dan jangan diamkan diri sahaja. 

“Malah, pemimpin baik harus bersama dikekalkan dan disokong jika ternyata berkhidmat sebaik mungkin terutama terhadap rakyat.

"Bagaimanapun, jika berlaku perubahan pada pucuk pimpinan dasar utama parti tetap harus dijunjung iaitu terus berkhidmat kepada rakyat," jelasnya.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab kerana dipilih sebagai Ketua Cawangan PBB Meradong.
 

  • oleh
  • Advertisement