Anda di sini

Padah terlibat dadah, buruh dicekup polis

Advertisement
Suspek (duduk) ketika ditahan polis.
Suspek (duduk) ketika ditahan polis.

MUKAH: Seorang buruh lelaki dicekup polis di tepi sebuah kedai serbaneka di sini kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan dadah pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, ketika pemeriksaan pada tubuh badan suspek yang berusia 28 tahun itu sekitar 12.50 tengah hari, polis menjumpai sekotak rokok berwarna putih dan biru bertulisan ERA pada genggaman tangan kanan suspek.

"Pemeriksaan lanjut menjumpai satu paket plastik kecil lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methampethamine," katanya kepada Utusan Borneo hari ini.

Jelasnya, berat kasar dadah berkenaan adalah 0.30 gram yang dianggarkan bernilai RM50 di pasaran.

Muhamad Rizal memberitahu siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kegiatan dadah sejak September tahun lalu.

"Suspek akan direman dan kini masih ditahan di lokap Balai Polis Mukah untuk siasatan lanjut," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
 

  • oleh
  • Advertisement