Anda di sini

Kuarters, kereta dan motosikal musnah terbakar 

Advertisement
Api marak memusnahkan sebuah kuarters di Jalan Circular, Sibu, malam Jumaat.
Api marak memusnahkan sebuah kuarters di Jalan Circular, Sibu, malam Jumaat.

SIBU: Sebuah kuarters kerajaan negeri musnah terbakar di Jalan Circular di sini, malam Jumaat.

Kejadian berlaku jam 8.50 malam itu turut memusnahkan sebuah kereta dan sebuah motosikal diletakkan di bawah rumah tersebut. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral Suna Kaha berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.56 malam.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati sebuah rumah kuarters kerajaan negeri jenis separuh kekal diduduki kakitangan Jabatan Tanah dan Survei dan keluarganya marak dijilat api," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, pemerikaan awal mendapati tiada penghuni berada dalam rumah itu semasa kejadian namun sebuah kereta dan sebuah motosikal diparkir di bawah rumah itu turut musnah.

"Kebakaran itu mengakibatkan kemusnahan 95 peratus pada struktur bangunan kuarters seluas lebih 20 kaki kali 30 kaki persegi" jelasnya.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya jam 9.15 malam dan operasi tamat jam 11.17 malam.

Seramai 20 anggota bomba dari BBP Sibu dan BBP Sungai Merah terlibat dalam operasi pemadaman itu.
 

  • oleh
  • Advertisement