Anda di sini

Kapal karam: Pengawal Pantai AS selamatkan 25 pendatang dekat Puerto Rico    

Advertisement
Gambar serahan Pengawal Pantai AS, menunjukkan Kastam dan Polis Sempadan  Puerto Rico bertindak menyelamatkan pendatang asing di utara Pulau Desecheo, Puerto Rico kelmarin. — Gambar AFP
Gambar serahan Pengawal Pantai AS, menunjukkan Kastam dan Polis Sempadan Puerto Rico bertindak menyelamatkan pendatang asing di utara Pulau Desecheo, Puerto Rico kelmarin. — Gambar AFP

MIAMI: Pihak berkuasa AS menyelamatkan 25 pendatang kelmarin di luar pantai Puerto Rico selepas bot mereka karam, menurut polis sempadan.

Seorang jurucakap bagi US Customs and Border Protection (CBP) memberitahu AFP, kemalangan kapal berlaku 10 batu di utara Desecheo Island, sebuah wilayah AS yang tidak didiami di antara Puerto Rico dan Republik Dominica.

“Seramai 25 pendatang,kebanyakannya dari Haiti dan Republik Dominica telah diselamatkan,” menurut jurucakap tersebut.

Sebelum tengah hari kelmarin, sebuah helikopter CBP telah mengesan bot yang karam dan beberapa orang di dalam air yang kelihatan tidak memakai jaket keselamatan, menurut pihak Pengawal Pantai AS dalam satu kenyataan.

Beberapa buah helikopter penyelamat telah dilancarkan dan sebuah kapal Pengawal Pantai telah bertukar arah bagi membantu proses pencarian, tambah kenyataan itu lagi.

Ia turut menyatakan CBP dan beberapa unit Puerto Rica telah memberikan respons bagi membantu usaha pencarian.

Pada Mac, beratus-ratus rakyat Haiti mendarat dengan bot layar di pantai Florida ketika lebih daripada 100 orang dihalang di luar Bahamas olah pihak Pengawal Pantai AS. — AFP
 

Advertisement