Anda di sini

Kanak-kanak hilang ditemukan lemas

Advertisement
 Mangsa lemas dibawa di kawasan darat oleh pasukan SAR.
LEMAS: Mangsa lemas dibawa di kawasan darat oleh pasukan SAR.

KOTA MARUDU: Kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di sungai Kampung Malangkap Darat, di sini ditemukan lemas pada hari kedua operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata mangsa berusia 10 tahun ditemukan meninggal dunia pada jam 11.15 pagi semalam.

“Operasi SAR hari kedua disambung seawal jam 7 pagi dan pencarian dilakukan di sepanjang tebing sungai.

“Pasukan SAR kemudiannya menemukan seluar mangsa pada kedudukan dua kilometer dari kawasan mangsa dilaporkan lemas oleh penduduk kampung.

“Beberapa jam selepas itu mangsa kemudiannya ditemukan oleh orang kampung bersama pasukan SAR kira-kira 11 kilometer dari lokasi mangsa hilang,” katanya.

Menurutnya pasukan SAR kemudiannya membawa mayat mangsa ke kawasan darat dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi SAR ditamatkan jam 12.30 tengah hari,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement