Anda di sini

Charles juara Sugandoi Tongod

Advertisement
 Masiung disambut penuh tradisi semasa tiba merasmikan Sugandoi Kaamatan peringkat daerah Tongod.
RASMI: Masiung disambut penuh tradisi semasa tiba merasmikan Sugandoi Kaamatan peringkat daerah Tongod.

TONGOD: Lagu berjudul 'Samod Dit Ondu' membawa tuah kepada Charles Eraliales Laising selepas dinobatkan sebagai juara Sugandoi peringkat daerah Tongod di Dewan Terbuka Dataran Tongod di sini.

Anak muda berumur 28 tahun yang mewakili zon Sogo-Sogo itu berjaya menambat perhatian barisan lima orang hakim untuk menempah tiket ke peringkat negeri sekaligus menewaskan 10 peserta lain di peringkat akhir malam itu.

Galaran naib johan pula disandang Mixsimus Jumi, 28, dari zon Penangah yang membawakan lagu wajib 'Muambot Mululi'. 

Sementara itu Nicky Rokin, 22, dari zon Mananam yang membawakan lagu, 'Boros Nu Di Tohuri' dipilih menduduki tempat ketiga.

Dalam majlis sama gadis kelahiran Tongod, Ivana Sherrine Anas, 25, yang membawakan lagu ' Hiti Noh Masoku' mendapat tepukan gemuruh lebih 1,500 penonton yang memenuhi Dataran Tongod pada malam itu dipilih sebagai peserta popular. 

Charles akan mewakili Tongod dalam pertandingan Sugandoi di Pesta Kaamatan peringkat negeri di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Penampang yang dijangka bermula pada 29 Mei depan.

Wakil Rakyat Kuamut yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar, Datuk Masiung Banah melakukan upacara perasmian Sugandoi itu.

Turut hadir memeriahkan majlis Pegawai Daerah Tongod Fauzi Norbi, Pengurus Besar LPPB Rosemary Ahping dan Willy Frous Darinsok.

  • oleh
  • Advertisement