Anda di sini

27 maut, ramai cedera kebakaran di New Delhi

Advertisement
 

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan ramai lagi cedera dalam satu kebakaran di sebuah bangunan empat tingkat di kawasan Mundka, barat New Delhi pada Jumaat.

Sementara itu, menurut polis New Delhi 50 orang diselamatkan dan lebih 30 anggota bomba dikerahkan untuk mengawal kebakaran, kata polis.

Punca kebakaran yang bermula di aras satu itu masih belum dapat dipastikan, namun seorang pegawai perbandaran mengesyaki ia berpunca akibat litar pintas. 

Insiden itu dilaporkan kira-kira 4.40 petang dan pasukan penyelamat operasi mencari dan menyelamat diteruskan sehingga malam.

Puluhan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital. - BERNAMA
 

Advertisement