Anda di sini

Negara-negara Arab dalam PBB tuntut siasat pembunuhan wartawan Al Jazeera di Tebing Barat

Advertisement
Sekumpulan wartawan turut mengambil bahagian dalam perhimpunan untuk mengecam pembunuhan Shireen Abu Akleh di Rafah, kelmarin. — Gambar AFP
Sekumpulan wartawan turut mengambil bahagian dalam perhimpunan untuk mengecam pembunuhan Shireen Abu Akleh di Rafah, kelmarin. — Gambar AFP

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU(PBB): Negara-negara Arab dalam PBB kelmarin menyeru bagi siasatan antarabangsa dan bebas mengenai apa yang mereka katakan sebagai pembunuhan seorang wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh, yang ditembak mati semasa beliau membuat liputan mengenai serangan tentera Israel di Tebing Barat yang ditakluki.

“Kumpulan Arab di New York mengeluarkan satu kenyataan mengecam dalam bentuk yang paling keras terhadap tindakan jenayah ini oleh rejim Israel dan menuntut satu siasatan antarabangsa yang bebas terhadap jenayah ini,” tegas duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour.

Beliau menyatakan ia adalah perlu “untuk mememastikan mereka yang bertanggungjawab ke atas jenayah ini berdepan dengan tanggungjawab berkaitan dengan jenayah ini.”

Mansour jelas kelihatan marah ketika beliau bercakap. Beliau mengenali Abu Akleh, seorang rakyat Palestin-Amerika, secara peribadi.

Permintaan bagi siasatan antarabangsa yang bebas terkandung dalam tiga surat yang serupa dihantar kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Majlis Keselamatan PBB dan presiden Dewan Umum, kata Mansour.

Rangkaian TV yang berpusat di Qatar mendakwa pasukan tentera Israel sengaja dan “secara kejam” menembak Abu Akleh, 51, di bahagian kepala ketika ketegangan di kem pelarian Jenin. — AFP
 

Advertisement