Anda di sini

Penjimatan lebih hebat untuk keluarga lebih besar dengan Pelan Keluarga Celcom MEGA

Advertisement

KUALA LUMPUR : Setelah dua tahun tidak menyambut kemeriahan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai , pastinya sambutan kedua-dua perayaan tersebut pada kali ini dinanti dengan rasa teruja dan gembira.

Pada masa sama peralihan ke arah dunia digital juga semakin meningkat dan kemudahan internet sudah menjadi satu keperluan untuk kita sama ada untuk bekerja, membeli-belah dalam talian, berhubung bersama keluarga atau rakan dan sebagainya.

Untuk mengeratkan lagi hubungan keluarga sempena musim perayaan ini, Celcom Axiata Berhad (Celcom) telah menawarkan Pelan Keluarga Celcom MEGA bagi membolehkan membolehkan seluruh keluarga Malaysia menikmati keseronokan yang berterusan serta kekal berhubung dengan orang yang tersayang tidak kira di mana mereka berada.

Pelan Keluarga Celcom MEGA yang ditambah baik ini juga merupakan satu-satunya pelan mampu milik pertama di Malaysia dengan akses Internet tanpa had dengan penjimatan hebat sehingga RM1,999 dan peranti Percuma apabila mereka menambah talian bagi pelan promosi.

Malah, pelan ini juga menyediakan menyediakan sehingga 6 Talian Keluarga bagi setiap akaun sekali gus membolehkan setiap ahli keluarga menggunakan talian internet tanpa had di mana saja mereka berada.

Penawaran ini juga pastinya sangat bersesesuaian dengan pelanggan yang mempunyai keluarga yang ramai kerana melalui pakej Beli 1 Percuma 1 Talian sekali gus menawarkan penjimatan yang berganda.

Menariknya lagi, antara kelebihan lain Pelan Keluarga Celcom MEGA ialah pelanggan yang sedia ada atau yang baru boleh mendaftar dengan Celcom Home Fibre dengan hanya membayar satu bil sahaja untuk memudahkan pengguna. Pada masa sama, pelanggan juga dapat menikmati penjimatan sebanyak RM21 sekali seumur hidup, berbaloi-baloi dengan penjimatan ini!

Pelan terbaharu Celcom ini bukan sahaja menawarkan pelan terkini yang paling inovatif, namun sesuai untuk memenuhi keperluan digital seisi keluarga semuanya dalam satu bil, mudah dan menjimatkan.

Bukan itu sahaja, melalui Pelan Keluarga Celcom MEGA, anda mempunyai akses premium percuma untuk pelbagai platform hiburan seperti Viu dan IQiyi, melalui Video Walla Plus jadi bolehlah anda sekeluarga meluangkan masa menonton rancangan hiburan bersama keluarga pada musim perayaan ini.

Selain itu Pelan Keluarga Celcom MEGA menawarkan ganjaran lain seperti diskaun daripada Shopback, Texas Chicken, Zalora, Petronas, FoodPanda dan banyak lagi secara eksklusif melalui aplikasi Celcom Life.

Penawaran Internet Tanpa Had ini membolehkan anda sekeluarga menikmati keseronokan yang berterusan serta kekal berhubung dengan orang yang tersayang tidak kira di mana anda berada.

Selain itu, dengan adanya kuota internet sebanyak ini, tentu sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan lebih meriah bersama saudara mara. Anda juga boleh merakam video dan mengambil gambar untuk dimuat turun pada laman sosial media tanpa had dan tanpa sempadan sewaktu berada kampung.

Jangan tunggu lagi, nikmati tawaran eksklusif dari e-store dengan rebat dalam talian sehingga RM480 atau kunjungi Bluecube terdekat untuk mendapatkan barangan Nurita Harirth edisi Celcom terhad!

Untuk maklumat lanjut atau promosi Celcom yang lain, anda boleh melayari laman web di https://www.celcom.com.my/personal/postpaid/tab/mega/plans

Celcom adalah salah satu syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia yang menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan telekomunikasi seperti prabayar, pascabayar, internet rumah dan perkhidmatan dalam talian.

  • oleh
  • Advertisement