Anda di sini

Bayi maut, ibu parah ditetak lelaki warga asing

Advertisement
DZULBAHARIN
DZULBAHARIN

KINABATANGAN: Seorang bayi perempuan berumur enam bulan maut manakala ibunya parah selepas ditetak menggunakan parang di sebuah rumah di Kampung Ubi Sungai Pauh, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, telinga kiri mangsa berumur 35 tahun itu juga dilaporkan hampir putus akibat diserang suspek seorang lelaki warga asing.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu, pada 2.40 petang.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan polis mendapati bayi perempuan berumur enam bulan sudah meninggal dunia dipercayai ditetak di bahagian kepala.

“Ibunya pula mengalami parah di bahagian belakang tengkuk dan telinga kirinya hampir putus akibat tetakan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Dzulbaharin berkata kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Menurutnya, suspek berjaya ditangkap di kawasan ladang kelapa sawit, manakala parang yang dipercayai digunakan menetak mangsa turut dirampas di lokasi yang sama.  

“Suspek warga asing berumur 60 tahun itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti punca kejadian dan suspek akan direman selama tujuh hari bermula hari ini,” katanya.

Dzulbaharin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement