Anda di sini

Dua rakyat Sabah menang Toto Jackpot berjumlah RM21.8 juta

Advertisement

KUCHING: Dua rakyat Sabah masing-masing pemenang bertuah Supreme Toto 6/58 Jackpot RM13.8 juta dan Toto 4D Jackpot 1 RM8 juta.

Sport Toto Malaysia dalam kenyataannya berkata, pengurus hutan rizab berumur 61 tahun menang Supreme Toto 6/58 Jackpot RM13,779,096.95 juta pada 24 April 2022.

Ketika menuntut wang dimenanginya, beliau memberitahu Sport Toto bahawa kawannya mentertawakannya apabila beliau terus membeli nombor taruhan selepas menang jackpot RM97.75 juta pada awal April.

"Mereka memberitahu saya agar tidak membazirkan wang yang dimenangi. Nasib baik saya tidak memperdulikan kata-kata mereka dan saya menang berjuta-juta kali ini.

"Saya hanya mengetahui (saya menang) satu minggu kemudian menerusi pilihan nombor iaitu, 9, 13, 26, 34, 35 dan 46 membolehkan saya menang RM13,779,096.95 kerana saya hanya menyemak keputusan taruhan apabila ke kedai Toto," katanya.

Pemenang bertuah itu menambah, beliau belum merancang untuk menggunakan wang dimenanginya itu dan tidak merancang untuk bersara lebih awal mereka masih mahu bekerja di dalam hutan.

Sementara itu, seorang lagi pemenang bertuah iaitu pegawai tadbir, 54, menang Toto 4D Jackpot 1 RM8 juta pada 20 April 2022.

Katanya, beliau telah membeli tiket taruhan System 5 Lucky Pick Toto 4D Jackpot dengan mempertaruhkan nombor bertuahnya 2425 dan 3512 yang membolehkannya menang RM8,065,964.80 dan RM1,006 lagi sebagai bonus System Play.

"Saya mahu menggunakan wang dimenangi ini untuk membayar hutang dan simpanan untuk pendidikan anak-anak," katanya.

Advertisement