Anda di sini

Polis tumpas sindiket penggubahan wang

Advertisement
Gambar serahan Spanish Guardia Civil kelmarin menunjukkan anggota Spanish Guardia Civil berdiri di sebelah suspek yang digari semasa operasi untuk menumpaskan sindiket penggubahan wang. — Gambar AFP
Gambar serahan Spanish Guardia Civil kelmarin menunjukkan anggota Spanish Guardia Civil berdiri di sebelah suspek yang digari semasa operasi untuk menumpaskan sindiket penggubahan wang. — Gambar AFP

THE HAGUE: Pasukan polis di Sepanyol telah menahan tiga pelarian Jerman yang disyaki menjalankan satu sistem penggubahan wang besar-besaran untuk kumpulan jenayah, menurut Europol kelmarin.

“Suspek dipercayai telah menjalankan satu sistem perbankan bayangan yang memproses beratus-ratus juta euro bagi transaksi jenayah diasingkan dari mana-mana mekanisma penyeliaan yang mengawasi sistem kewangan perundangan,” kata Europol.

Mereka memindahkan sejumlah wang tunai yang besar melalui sistem  sejajarnya, membantu penjenayah menggubah pergerakan dan aktiviti haram, kebanyakannya dikaitkan dengan pengedaran dadah.

Suspek, dalam buruan pihak berkuasa Jerman sejak 2021, ditangkap pada 30 Mac di Malaga di selatan Sepanyol dengan bantuan polis Jerman, kata Europol dalam satu kenyataan.

Penahanan mereka hanya diumumkan sekarang atas sebab-sebab operasi, tambahnya.

Ketua kumpulan itu, rakyat Jerman yang berasal dari Rusia, merupakan salah seorang daripada tiga lelaki yang ditahan.

Ketua kumpulan akan membincangkan komisen sehingga lebih lima peratus bagi setiap juta euro yang diuruskan, dengan keuntungan dianggarkan lebih 250,000 euro sehari, kata Europol.

Dalam beberapa serbuan berlainan di wilayah Malaga, polis merampas sejumlah besar wang tunai, mesin pengira wang, telefon bimbit yang disulitkan dan kad pengenalan palsu, tambahnya. — AFP
 

Advertisement