Anda di sini

Kumpulan bersenjata rompak butik Chanel di Paris

Advertisement
Anggota polis dilihat berkawal berhampiran pintu masuk ke kedai mewah Chanel di Place Vendome di Paris kelmarin. — Gambar AFP
Anggota polis dilihat berkawal berhampiran pintu masuk ke kedai mewah Chanel di Place Vendome di Paris kelmarin. — Gambar AFP

PARIS: Kumpulan bersenjata kelmarin merompak sebuah kedai jam tangan dan barangan kemas Chanel berhampiran Place Vendome di tengah Paris pada waktu siang, kata polis.

Tiada sesiapa yang tercedera dalam kejadian itu.

Polis berkata sekurang-kurangnya seorang daripada empat orang, yang mana semua mereka memakai topeng dan helmet, membawa selaras raifal serangan, dengan seorang saksi menyatakan yang lain turut memiliki senjata automatik.

Mereka telah melarikan diri dengan menaiki dua motosikal dalam satu kejadian yang dirakamkan oleh seorang pejalan kaki dan dikongsikan secara meluas di media sosial. — AFP
 

Advertisement