Anda di sini

18 maut dalam letupan hotel di Cuba

Advertisement
 

ANKARA / BOGOTA, Colombia: Satu letupan kuat berlaku pada Jumaat di Hotel Saratoga di Havana,  ibu negara Cuba, mengakibatkan kematian dan kerosakan teruk,  lapor Agensi Anadolu.

Setakat ini 18 mangsa disahkan meninggal dunia dan 64 yang lain cedera.

“Operasi mencari dan menyelamat diteruskan susulan kemungkinan masih ada mangsa terperangkap,” menurut kerajaan di Twitter.

Penduduk tempatan turut membantu menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

Kerajaan Cuba mendakwa letupan itu berkemungkinan disebabkan oleh kerja penyelenggaraan membabitkan gas cecair yang dilakukan di hotel.

Hantaran di media sosial memaparkan bangunan hotel mengalami kerosakan teruk. 

Kejadian berlaku pada tengah hari di hotel yang terletak di Paseo del Prado. - BERNAMA
 

Advertisement