Anda di sini

Gempa bumi kuat landa kepulauan Filipina

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Kepulauan Filipina pada 4.21 petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada kedudukan 181 kilometer di barat daya Bandar Tagum, Filipina dengan kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, penilaian awal mendapati ia tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia. - BERNAMA 

Advertisement