Anda di sini

De Iban'z tekad menyerlah dalam industri muzik Iban 

Advertisement
Larry (tengah) bersama anggota De Iban'z, sebuah band berasal dari Sebauh, Bintulu.
Larry (tengah) bersama anggota De Iban'z, sebuah band berasal dari Sebauh, Bintulu.

SIBU: Anak seni yang menjadikan hiburan sebagai hobi atau mata pencarian sambilan kini boleh menarik nafas lega apabila negara memasuki fasa endemik COVID-19.

Sebelum ini, ketika pandemik agak sukar golongan terbabit mencari rezeki dalam dunia hiburan di negeri ini.

Bagi band De Iban'z dari Sebauh Bintulu diketuai artis popular dengan lagu 'Nuju Nuan' iaitu Larry Simple Click meluahkan rasa bersyukur atas fasa endemik yang membolehkan mereka mencari rezeki seperti sedia kala.

Larry memberitahu, band berkenaan ditubuhkan pada 2017 dan bersamanya menghasilkan lagu tersebut.

"Pada asalnya band kami ini bermula di Sebauh, Bintulu. Kami sangat dikenali di sana kerana sering diundang pelbagai majlis keramaian termasuk kenduri perkahwinan di rumah-rumah panjang.

"Namun kali ini, De Iban'z mahu namanya menyerlah dalam industri muzik Iban kerana kami tidak mahu dianggap jaguh kampung malah sudah bersedia bersaing di persada industri ini," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini hari ini.

Larry yang berasal dari Sibu berkata, bandnya mengeluarkan album 'single' tidak lama lagi.

Menurutnya, bandnya melakukan jelajah seluruh Sarawak dari Miri hingga ke Kuching bagi mempromosikan album 'single' itu.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai album 'single' dikeluarkan itu kerana masih 'dirahsiakan' butirannya.

"Butiran lanjut atau segala undangan boleh dibuat dengan menghubungi kami di Facebook De Iban'z. Kami bersedia  menghiburkan anda," jelasnya.

Larry yang tidak asing lagi dalam dunia fotografi dan videografi berharap bandnya mampu bersaing dengan artis dan band sedia ada dalam industri muzik Iban.

De Iban'z dianggotai lima anak muda iaitu Christopher bermain gitar utama, Larry (drummer), Edy (vokalis), Donny (gitar bass) dan Bido (gitar kedua).

Band ini berkonsepkan rock dan balada.

Advertisement