Anda di sini

17 korban nahas jalan raya di barat Ukraine

Advertisement
 

KYIV: Sebuah bas bertembung dengan sebuah lori minyak di barat Ukraine kelmarin, mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang, kata pihak berkuasa, menambahkan lagi kesengsaraan ke atas negara yang dilanda peperangan itu.

Dalam ucapan harian kepada negara pada lewat kelmarin, Presiden Volodymyr Zelensky berkata “kemalangan jalan raya yang teruk” telah berlaku di wilayah barat Rivne.

“Sebuah bas, sebuah kereta dan sebuah lori minyak telah bertembung. Setakat ini ada 17 kematian, namun mungkin terdapat lebih ramai lagi mangsa,” kata Zelensky, menyampaikan ucapan takziah kepada mereka yang kehilangan orang tersayang dalam kemalangan tersebut.

Kemalangan itu kelihatan tidak berkaitan dengan perang Rusia terhadap Ukraine, yang memasuki bulan ketiganya, dan Zelensky tidak menyebut sebarang kaitan dalam ucapannya.

Sejak beberapa minggu lepas, Rusia telah menumpukan serangannya di selatan dan timur Ukraine, ketika kadangkala turut menyerang kawasan di wilayah barat. — AFP

Advertisement