Anda di sini

Pegawai polis AS didakwa bunuh budak usia 12 tahun

Advertisement

Mendoza kejar, tembak belakang badan kanak-kanak lelaki itu yang melepaskan tembakan ke arah kenderaannya: Peguam

 

NEW YORK: Seorang pegawai polis Philadelphia telah didakwa atas tuduhan membunuh kerana menembak seorang budak lelaki berusia 12 tahun di bahagian belakangnya selepas mengejar kanak-kanak tersebut yang telah melepaskan tembakan ke arah kenderaannya yang tidak bertanda, menurut peguam daerah di bandar itu kelmarin.

Pegawai polis, Edsaul Mendoza, 26, yang dipecat dari pasukan polis pada April,  telah ditangkap pada Ahad lepas dan dibawa untuk ditahan bagi kematian Thomas Siderio pada awal Mac di sebuah kejiranan di bandar timur laut bersejarah, terletak di antara Washington dan New York.

Dia telah didakwa, antara  perkara lain, dengan “pembunuhan peringkat pertama,” kata Peguam Daerah Philadelphia Larry Krasner. 

Ketika satu sidang media, pihak berkuasa menerangkan keadaan yang membawa kepada kematian budak lelaki itu.

Mendoza, yang memakai pakaian biasa pada masa tembakan,  sedang dalam satu operasi pengawasan bersama dengan tiga pegawai lain dalam sebuah kereta yang tidak bertanda di Philadelphia, yang seperti kebanyakan bandar besar lain di Amerika Syarikat (AS) sedang mengalami peningkatan kes jenayah.

Melihat Siderio dan seorang remaja berusia 17 tahun, pihak polis memutuskan untuk memandu sekitar blok tersebut.

Ia adalah ketika mereka memasang lampu kereta budak berusia 12 tahun itu melepaskan tembakan ke arah mereka, menurut pihak berkuasa.

Mendoza membalas tembakan sebanyak tiga kali ke arah Siderio, dan seorang lagi anggota polis melepaskan satu das tembakan. Budak lelaki itu melarikan diri. Namun menurut peguam daerah, beliau mempunyai rakaman video yang “sangat sukar untuk ditonton”, di mana remaja itu telah meletakkan senjatanya ketika dia dibunuh.

“Semasa pegawai polis Mendoza melepaskan tembakan ketiga dan maut, dia mengetahui budak lelaki berusia 12 tahun, seberat  111 paun bernama Thomas Siderio itu tidak lagi mempunyai senjata dan tidak mampu untuk membahayakannya,”  kata Krasner. 

“Namun dia melepaskan satu tembakan menembusi belakangnya yang telah membunuhnya,” kata beliau.

Seorang wakil dari sebuah kesatuan polis, dipetik oleh  The New York Times, me-nyatakan bahawa  Mendoza, “seperti mana rakyat lain, adalah layak untuk proses itu, dan kami yakin bahawa sistem perundangan kami akan melindungi hak perlembagaan  pegawai polis ini untuk satu perbicaraan yang adil.” — AFP
 

Advertisement