Anda di sini

Biden bertemu ibu bapa wartawan AS diculik di Syria hampir sedekad lepas

Advertisement
Gambar fail diambil pada 20 Julai, 2017 menunjukkan Debra (kanan) dan Marc, ibu bapa kepada wartawan AS Austin Tice yang diculik di Syria lima tahun sebelumnya, memegang gambarnya semasa sidang media di Beirut. — Gambar AFP
Gambar fail diambil pada 20 Julai, 2017 menunjukkan Debra (kanan) dan Marc, ibu bapa kepada wartawan AS Austin Tice yang diculik di Syria lima tahun sebelumnya, memegang gambarnya semasa sidang media di Beirut. — Gambar AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyatakan di Rumah Putih  kelmarin bahawa beliau telah menemui ibu bapa Austin Tice,  seorang wartawan AS yang diculik hampir sedekad lepas ketika membuat liputan mengenai peperangan di Syria.

Biden memberitahu wartawan bahawa beliau menemui ibu bapa Tice“hari ini”.

Pertemuan itu diadakan selepas kedua-dua pihak Biden dan  ibu bapa wartawan itu  menghadiri makan malam  Pertubuhan Koresponden Rumah Putih pada Sabtu lepas, di mana Tice diberikan penghormatan bersama dengan wartawan lain yang terkorban, tercedera atau ditahan ketika membuat liputan mengenai konflik.

Setiausaha Media Jen Psaki memberitahu wartawan bahawa pihak Rumah Putih  “bertindak” selepas gala yang disiarkan di televisyen dan ketika beberapa pegawai kanan telah menemui  keluarga Tice beberapa kali, “bertemu dengan presiden merupakan satu langkah tambahan dan lebih ketara.”

Seorang wartawan bebas dan bekas anggota marin AS,  Tice ditahan di sebuah pusat pemeriksaan berhampiran Damsyik pada 2012. Hanya satu rakaman menunjukkan dia masih hidup telah dikeluarkan secara umum kemudian.

Seorang lagi bekas anggota marin AS, Trevor Reed, dibebaskan dari tahanan di Rusia pada minggu lepas dalam pertukaran tahanan cara Perang Dingin dengan seorang lelaki Rusia yang ditahan. — AFP

Advertisement