Anda di sini

7 maut dalam nahas jalan raya di Brazil

Advertisement
 

SAO PAULO: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala 15 lagi cedera  dalam nahas jalan raya melibatkan bas mini yang membawa pesakit warga emas di Parana, Brazil pada Isnin. 

Menurut laporan awal Konsortium Kesihatan Perbandaran di barat Parana, bas mini itu dalam perjalanan ke hospital, lapor Xinhua.

Nahas berlaku di lebuh raya berhampiran bandar Marechal Candido Rondon, 163 kilometer dari bandar Foz do Iguazu, di sempadan Paraguay dan Argentina. - BERNAMA 

Advertisement