Anda di sini

Hotlink kolaborasi bersama Kenji Chai lakar mural di Sabah; Ditukarkan kepada NFT

Advertisement
Kolaborasi Hotlink #BikinSampaiJadi memberikan peluang untuk Kenji berkarya pada medium lebih besar
Kolaborasi Hotlink #BikinSampaiJadi memberikan peluang untuk Kenji berkarya pada medium lebih besar

KUALA LUMPUR: Hotlink bekerjasama dengan artis berpengaruh tempatan, Kenji Chai dalam melakar karya seni mural #BikinSampaiJadi yang kini terpampang megah di dinding Wisma Sabah.
 
#BikinSampaiJadi merupakan projek yang dikuasakan oleh Hotlink untuk meraikan keunikan warisan dan budaya setiap negeri. Sebagai anak jati kelahiran Sabah, Kenji mengekpresikan penghormatannya dengan cara tersendiri melalui seni mural yang dihasilkan.
 
Menceritakan tentang karya seni mural beliau, Kenji berkata bahawa orang Sabah begitu dekat dengan alam semula jadi dan itu memberinya inspirasi untuk menghasilkan seni mural yang berkonsep Only the Strong Survive (Hanya yang kuat akan bertahan).
 
“Setiap karya seni yang dihasilkan mempunyai maksud tersendiri, seperti burung Falko adalah simbolik kepada haiwan terpantas di udara, harimau bintang pula merupakan haiwan terpantas di darat dan ikan Marlin Hitam pula merujuk kepada haiwan terpantas di laut.
 
Ia juga adalah gabungan yang sempurna untuk melambangkan Hotlink sebagai jenama yang mempunyai rangkaian terpantas dan termantap”, katanya.
 
Mural itu dicipta sebagai sebahagian daripada kempen berterusan Hotlink untuk menyerlahkan semangat #BikinSampaiJadi yang wujud dalam diri setiap orang negeri Pantai Timur dan Malaysia Timur untuk mencapai impian sejati dengan cara mereka sendiri yang diperhebatkan lagi oleh Prabayar Hotlink.
 
Selepas beberapa minggu menghasil mural besar itu, Kenji bersedia mengambil alih dunia digital dengan kerjasama Hotlink untuk menjadikan karya seni beliau sebagai sebahagian daripada siri NFT (Non-Fungible Token).
 
Menurut Kenji, seperti yang diketahui umum masyarakat kini berada dalam era digital, justeru NFT adalah sesuatu yang sangat menarik untuk artis digital.

“Saya mahu mempelajari lebih mendalam mengenai bidang ini daripada artis berpengalaman yang menghasilkan karya sedemikian di media sosial mereka”, jelas Kenji lagi.
 
Demi mengambil langkah untuk terus menerajui, Hotlink ingin meraikan budaya dan warisan unik yang ditawarkan oleh negeri-negeri ini dengan memperkasakan artis tempatan untuk mengabadikan seni warisan dan budaya negeri mereka secara kekal di blockchain dan akan dipasarkan kepada orang ramai. 

Saksikan kisah Kenji dan ketahui lebih lanjut tentang karya NFT Kenji yang dilancarkan di laman web Hotlink.

Pilih Internet tanpa had atau internet pantas dengan hanya daripada serendah RM2! Lekas #BikinSampaiJadi Caramu dengan Prabayar Hotlink hari ini!
 
Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti Facebook @Hotlink dan Twitter @HotlinkRED

  • oleh
  • Advertisement